Monday, July 5, 2010

Pening + Sakit Kepala ???

aiseh.,....... kenape ye.. bila sebut je pasal pening, mesti di kaitkan dengan pening lalat eh?? nape xckp pening kura2 ke, pening nyamuk ke.. pening gajah ke?? hahaha.. melampau lak pening gajah.. ekekee.. macam gambo kat bawah ni :



hahahadoi... korang mesti selalu pening2 kepala kan. kan??? jap2... pening ngan sakit kepala sama ke?? haaa... mane sama kan.. betul x?? tp lebey kurag jugak.. aisshhh.. sape boleh jawab?? pening ni kiter rasa kepala pusing2 je kan.. nak tgk depan xleh.. tgk kebawah xleh?? kalau sakit kepala lak mesti la sakit satu tempat je.. betul x.. kalau sakit sebelah kepala, i mean belah kiri or belah kanan, mestilah migraine.. mane taknye, air masak segelas sehari.. haiyaa.. kenela minum bnyak air.. supaya badan kiter sihat dan kuat... ni nak kongsi lah ngan korang..
harap2 xborink ye.. ni untuk pengetahuan jugak... :)

Sakit Kepala
  • Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.
  • Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita

    Sebab -sebab Sakit Kepala

    • Tekanan (tension headache).
    • Kemurungan
    • Migraine (penyempitan salur darah)
    • Penyakit serta ketegangan dalam mata.
    • Sakit gigi dan tulang rahang.
    • Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
    • Kejang otot.
    • Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
    • Angin Ahmar
    • Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
    • Tekanan Darah Tinggi
    • Pengambilan dadah dan racun

    Rawatan

    • Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
    • Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
    • Cuba teknik bertenang dan urutan.
    • Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai
    pemakanan anda.
    • Kendalikan tekanan anda dengan baik.
    • Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
    • Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.

    Bila Perlu jumpa doktor??

    • Demam.
    • Jika anda melebihi 40 tahun.
    • Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
    • Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
    • Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
    • Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
    • Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
    • Kejang tengkuk/leher.
    • Khayal/lali.
    • Sawan.
    • Rasa lemah dan kebas.
    • Kabur penglihatan atau buta.
    • Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
    • Loya, muntah.
    • Hilang selera makan dan susut berat badan.
    • Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV

    Pencegahan

    • Tangani tekanan anda dengan baik.
    • Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
    • Pemakanan seimbang.
    • Kerap bersenam.
    • Berhenti merokok.
    • Amalkan gaya hidup sihat

    haaaa.... mcm ne??? da baca smpai abis??
    baru la tahu.. sebab pe sakit kepala... :)
    jeng2.... ape lagi.. cegah la awal2 naa.. kang melarat susah.. hihihihi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.